Jumaat, 4 Februari 2011

duhai muslimah

Perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.



“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”



“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.



“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”



“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau; perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”



salam teristimewa dariku buat kalian yang amat kucintai krnNya..



walau tak pernah bersua dan mgkin jua tidak akan bersua lagi di hamparan sementara ini...doaku moga kalian sentiasa dalam kasih sygNya...



Setulus kasih Tuhan buat insan bergelar wanita..sesuci cintaNya buatmu muslimah..peliharalah dirimu sebaiknya..sedarilah akan satu hakikat fitnah yg ada pada wanita..ayuh sama2 menghargai kasihNya, jaga hak2 Tuhan ke atas dirimu nescaya Dia menjagamu..sungguh aku menyayangimu duhai muslimahku..♥♥♥

kesetiaan seorang suami

 Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter,aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari.

Dia menceritakan bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap
penyakit Alzheimer.Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab
bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat terkejut dan berkata, ?Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, ?

Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?
Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti
tulah yang aku mau dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.
Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

aku menyayangimu kerana ALLAH....

Duhai sahabat.. Andai perkenalan kita ini diredhai Allah Engkau genggamlah ukhuwah ini Dengan keikhlasan yang kudus Dengan rasa cinta kepada Illahi Duhai sahabat... Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku Kauseka air mataku Kauhadir di sisiku meminjamkan bahu Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati Lalu kautatap wajahku Dan kauhadiahkan ukiran senyum terindah buatku Duhai sahabat... Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi Kauberulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan Kaudatang kepadaku membisikkan kalimat Illahi... "Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah, InsyaAllah kita ke Al-Jannah!" Dan aku tersedar dari buaiku... Duhai sahabat... Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu Kautidak mengungkitnya kembali... Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu "Aku sayangi engkau demi Allah, Aku sayangi engkau kerana Allah, Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah..." Duhai sahabat... Masihku ingati peristiwa itu Tika ada perselisihan faham antara kita Akibat aniaya orang ketiga Kaududuk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak Kautebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu Dan aku cuba menyembunyikan Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi "Allah sedang menguji kita, sejauh mana kuatnya kita mempertahankan, Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini.." Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru Kaugenggam tanganku Dan aku yakin, kaulah sahabatku yang satu... Duhai sahabat... Tika itu aku merasa sebak Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu... Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu Menjadi seorang sahabat sama sepertimu Sahabat yang menyayangi sahabatnya, Sahabat yang mengasihi sahabatnya, Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini... Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah! Dengan setitis air mata Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu, Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya... Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku,,
ukhuwah fillah mahabbah lillah,,aminn,,

cinta seorang insan....

semalam aku mengenalimu,,
berbicara denganmu bergelak tawa denganmu,,
tiada siapa cemburu kerana hanya kita berdua menikmati hari itu,,
tetapi Tuhan masih sayangkanku,,
ditunjukkan hidayah padaku supaya aku kembali ke pangkal hulu,,
jalan yang kulalui berliku supaya aku ditipu kerana mereka pernah bersumpah setia janji dengan hati batu akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga akhirat-Mu,,
maka itu yang berlaku padaku,,
terbiasa dengan mereka yang bukan muhrimku,,
bila Allah memberiku jalan itu,kuharung jua meski teman mengutukku kerana aku lebih cintakan Dia yang menciptaku,,
Tuhan,semalam aku berdosa di hadapan-Mu,,
malam ini aku bermunajat pada-Mu,,
taubat nasuhaku moga diterima di sisi-Mu,,
Cinta ini hanya untuk-Mu Tuhan,,
Aku tidak akan cintakan orang yang tidak kau redhai untukku,,
Cintaku hanya untuk insan yang mencintai-Mu,,
mahalkah cintaku?
Sesungguhnya hanya inilah sebenarnya yang dinamakan cinta...

misi cinta...........

“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?” Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.” Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..” Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan. Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’. Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
 ****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.” Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’. Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu. Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.” Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.” Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
 “Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?” Safiyyah hanya diam merendah diri. “Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.” Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah. Safiyyah memerhati. MISI JIHAD CINTA Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya.. Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku. Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.” Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..” Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya. Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
 “Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”
****
“Bang..” Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?” Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”
 “Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
 “Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
 “Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
 “Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.” Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berani  membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
 “Ya, abang faham.”
 “Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..” Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”
****
Di khemah persiapan, Kota Toledo. Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran. Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir. Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.” Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..” Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.” Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum.. Akh Uwais..” Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya. “Waalaikumsalam.” Uwais membuka pintu khemah.
 “Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.” Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”
****
Boomm.. Boommmm.. Boommmmm.. Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad. Bumm! Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya. Bummm! Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum. Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga,,
(semoga kita sama2 dpt mencontohi watak ini,,amin)

bingkisan buatmu muslimah,,,,

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Ku harap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok.. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati? Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.. [b]"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita.." (Mutafaq 'alaih) [/b] Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.. [b]"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.." (Mutafaq 'alaih) [/b] Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana... Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya..

wanita...

Wanita solehah itu aurat DIJAGA
pergaulan DIPAGARI
keayuan wanita solehah itu tidak terletak di WAJAHNYA
kemanisan wanita solehah itu
tidak terletak pd KEMANJAANNYA
daya penarik wanita solehah itu
bukan pd kemanisan BICARANYA
tetapi pd perjuangannya dalam
memartabatkan AGAMANYA.... <3

Duhai wanita,sama2lah kita menjaga keperibadian diri kita.... Jangan gugurkan dirimu ke tanah...
Sama2lah kita menutup aurat.. Jangan biarkan kaun adam menanggung dosa di sebabkan kita...

~sesungguhnya Wanita adalah fitnah dunia~

sama2lah kita menjauhinya...

Sekadar peringatan untuk ana dan jugak sahabat2..... <3

ana uhibbuki fillah....
Love u all lillah <3